Minggu Last Cikgu Pratikal/Pratikum

Hi dan assalammualaikum.Mesti ramai yang tertanya ke mana saya telah menghilangkan diri?Kan.Sebenarnya sejak beberapa minggu ni saya ada peperiksaan.Banyak sangat.Jadi saya sibuklah.Sebab habis periksa tu periksa ini pula.Mula-mula peperiksaan UPKK yang sebenar.Pastu periksa akhir tahun pula.Ni dah habis dah ni.Cuma tinggal beberapa sahaja yang tinggal yang membuatkan saya sibuk dan lemah.Iaitu ujian akhir tahun bagi KAFA dan hari sukantara.Sukantara dahulu baru ujian akhir tahun.Saya bukan nak cerita pasal ni walaupun ada banyak cerita saya nak cerita pasal kesediahan saya.

Kesedihan saya kali ini saya terpaksa meninggalkan cikgu pratikal saya yang saya amat sayangi.😒😒😣😩😭😭😾😿.Saya amat menyayangi mereka lagi-lagi yang saya ceritakan dalam saya punya blog lagi satu iaitu Cikgu Pratikal/Pratikum.Nama dia Rosli.Mesti korang ingatkan.Saya nak cerita ni.Pagi tadi,saya ada latihan rumah sukan.Saya rumah sukan warna hijau.Kitaorang mula dengan lontar peluru.Lepas saya siap baru cikgu tu datang nak jenguk rumah sukan saya.Saya terlalu malu dan sedih apabila melihat mukanya yang selalu gembira walaupun dia terpaksa meninggalkan kami.Sebenarnya waktu dia datang tu saya tengah borak ngan kawan saya.Kitaorang gosip pasal dia.Saya saja buat begitu, takkanlah nak tunjukkan muka saya yang sedih.Kita kenalah ceria.Pastu bila dia nak naik atas saya lihat dia.Saya lihat dia seperti tengah mengalamun supaya kawan-kawan saya lihat saya seperti tengah berangan.

Bila dia nak naik atas tu saya rasa seperti hati saya ini sangat sedih.Tak tahu kenapa? Korang rasa kenapa? Sila tinggalkan komen di bawah bagi menunjukkan yang anda telah tengok.Pastu waktu balik tu saya tunggulah dekat pondok jaga kan.Saya tengah tunggu kakak saya datang ambil saya.Waktu tu saya tengah makan.Dia nak baliklah.Dia keluar je dari pejabat saya terpandang dia.Dekat tangan saya tu ada makanan.Saya nak masukkan makanan tu dalam mulut sebenarnya tapi tak lepas sebab saya tengah berlakon seperti tengah tengok cikgu tu pastu bila dia nak keluar tu saya cepat-cepat bagi salam.Dia tergelak kecil.Saya pun apa lagi.Muka saya merah padam.Mujur dia tak perasaan.Kalau dia perasan matilah saya.

Ada lagi cerita ni.Semua cerita ni berlaku pada hari ini iaitu pada hari Isnin.Waktu dalam perjalanan ambik kakak kedua saya.(Yang ambik saya tu kakak pertama saya).Saya terserempak dengan kereta cikgu tu.Saya ingat nak lambai tapi kakak pertama saya tu gi kacau.Sabar jelah saya ni.Saya rasa itu sahaja pada kali ini.Kali ini saya akan membuka lagu oleh Dash Uciha yang bertajuk Merindukanmu.(Yang main tiktok sahaja yang tau ni,tapi saya tak main,saya tahu daripada kawan saya yang bermain tiktok.)



Terpilih untuk konsert

Hai dan assalammualaikum kepada para pembaca . Hari ini Sarah nak cerita tentang saya terpilih utnuk membuat persembahan ketika penutup hari kemerdekaan.Saya menyanyi lagu Deen Assalam.Saya berlatih dengan kawan-kawan saya dan Cikgu Rosli.

Mesti ramai orang tertanya sedap sangat lagu Deen Assalam. Sedap .Cuma apabila saya yang menyanyinya tak sedap.haha....Saya tak boleh nyanyi yang part tinggi.Susah sangat. Bagi korang senanglah. Saya ni ada pelbagai suara. Ada suara kasar dan halus. Saya guna suara kasar sikit.So,mestilah tak leh main tinggi - tinggi. Nanti sakit tekak.Dah lah tekak saya ni ada satu je.Kang sakit kang nak guna suara ape.Suara serak untuk nyanyi.Hahaha.

Dekat sini sape yang masih lagi ingat tentang cikgu Pratikum/ pratikul. Mesti ramai. kan.haha. Dia memang cari pasal ngan saya. Kenapa? Sebab waktu saya nyanyi dia kata suara saya macam kambing. Dia saja je nak gurau. Tapi saya tak suka bergurau dengan dia. Dia punya suara tu macamlah sedap sangat. Suara dia masa nak nyanyi lagu ni pun macam sajat dah. Hahahaha.

Dah lah tu penat.Kalau korang nak dengar lagu Deen Assalam boleh cari dekat youtube atau dekat bawah ni. Pilihlah.



Cikgu Praktikal / Pratikum

Hi dan assalammualaikum.Ni Sarah Liyana telah menulis blog kembali.Hahaha.Blog kali ini akan saya kisahkan tentang sewaktu saya di sekolah.Wow...tak sangka sekolah saya dapat cikgu pratikal.Yang paling bertuahnya ialah kelas sayalah.Kenapa?Sebab kelas saya pun dapat cikgu pratikal.Nama cikgu tu Rosli bin Pitri.Orang Sabah.

Pernah sekali tu waktu tu masa bahasa melayu.Cikgu tu ajar bahasa melayu dengan MZ.Waktu tu cikgu hampir cakap bahasa Sabah.Ramai jugak suka kat cikgu tu.Saya pula lain.rahsia.Hahaha.CIkgu tu ada IG.Nama IG cikgu RosliPitri.Lelek tu nama panggilan cikgu.Tapi kitaorang tak panggillah cikgu macam tu.Takut kena marah.

Cikgu tu pandai main piano.Dahlah pandai main piano pastu boleh nyanyi pula tu.Kalah reputasi saya kat sekolah.Hehehe.Dia ada buat lagu kat youtube.Tajuk dia ialah Berhentilah.Nanti saya kasi dengar.Pastu cari nama cikgu ni kat youtube...Rosli Pitri dan like,Subscribe and Nofication too.Banyak betul saya tau tentang cikgu tu.Yang paling cool gila...mantap habis....Cikgu tu pernah feat dengan Dato' Seri Siti Nurhaliza.Mesti Fans Dato' cemburu kan.

Macam mana saya tahu? Ini semua hasil siasatan oleh kelas saya.Diorang punyalah nak tahu sangat pasal ckigu tu.Teruk.Adakah cikgu tu hensem? Mestilah. Sambung balik.Mula-mula kitaorang tanya tengtang Ig cikgu. Selepas dua minggu barulah dapat.Lepas kitaorang tau nama last cikgu barulah kitaorang berusaha untuk cari.Saya terkejut tengok Followers cikgu just 1187.Kalah saya.Lawakkan.Hahahaha.Pastu kitaorang cari pulak dekat youtube.Pastu jumpa.Sayalah tukang melihat dan mendengar kesemua itu.

Mungkin itu saja....Tangan saya dah penat....




nilah cikgu yang saya katakan.Dekat dalam ni memng tak hensem.Tapi kalau kat sekolah bapaklah.Kalah Tajul,Aiman Tino,Faizal Tahir....haahaha

Akan Menghadapi Peperiksaan Percubaan UPKK

Assalammualaikum and hai to all of you.Ingat sayakan.Haih.Penat betul jadi darjah lima.Dhlah ada macam menda berlaku dalam hidup saya selama ni.Pada minggu hadapan saya akan menghadapi peperiksaan percubaan upkk.Sekarang ni saya tengah mengulang kaji sambil buatlog.Bilalah nak ada ramai orang membaca blog saya ni.Kesian saya ni tau.Sedih.Hahah.Saja buat lawak.

Korang semua mesti dah pernah jawab peperiksaan ni kan.Best lah korang.Tak payah buat dah.haih.Kalaulah saya ni ada pari-pari yang boleh tolong saya ni kan.Lagi best tau.Tadi saya tengok Bad Genius.Perempuan tu memang genius betullahkan.Kan best kalau saya ni pun macam tu jugak.Lagi menarik dan juga senanglah saaya nak jawab peperiksaan.Tapi,semua tu hanyalah khayalan semata-mata.

Kalau korang selalu marah-marah saya ni lagi lah.Marah saya sampai tiada siapa yang bleh pujuk melainkan saya.Hahaha.Saya selalu kata diri saya kalau sya tengah marah."Jangan marah....sabar mungkin ini hanyalah ujian daripada tuhan".Sebenarnya dia ada macam lagi ayat nya,tapi takkan nak tulis semua kat sini.Hahaha.Kalau korang semua marah-marah gunakanlah ayat positif untuk tenangkan hati korang tu.Ok

Aduhai mendalah aku merepek kat atas tu.Tulah suka sangat makan kerepek bawang.Ujian percubaan upkk ni kan saya dengar dari kawan-kawan saya yang suka sangat membawang tu yang peperiksaan upkk ni lagi susah dari upkk sebenar.Takut sya di buatnya.Takpelah.Setiap yang kita telah lakukan harungi jelah.Mesti semua orang tak faham apa yang saya tengah terangkan ini kan.Hahaha.Mungkin inilah jelah karangan blog saya pada kali ini.Sebenarnya tangan saya dah penat.Biasalah.Bye.Assalammualaikum.

Blog Baruku

Hi Guys dan assalam bagi anda yang tengah membaca.Saya haraplah ada ramai orang membaca ini.Walaupun saya ni bukanlah yang terhandal dalam membuat blog.Saya harap saya tak buat semua orang tertunggu-tunggu.Ok.Baiklah.Saya mulakan dengan ucapan Bismillahhirahmannirrahim.

Nama saya Sarah Liyana.Saya baru berumur 11 tahun.Taulah kan darjah lima baru.Saya bersekolah di Sekolah Kebanggsaan Clifford,Kuala Lipis,Pahang.Saya rasa mesti ramai yang tak tahu dimana Kuala Lipis?!Dan juga mesti ramai yang tanya dimanakah Sekolah Kebangsaan Clifford kan.Mesti ada yang tertanya mcam mana nak sebut Clifford.Senang je.

Pertama,korang kenal siapa Dato' Seri Siti Nurhaliza.Mesti kenalkan.Kalau tak kenal korang mesti bukan dari Malaysia kan.Bukannya nak marah tapi gurau je.Ce cari kat internet,Search kat mana Kuala Lipis ni.Lagi pun Kuala Lipis ni pernah jadi terkenal dulu.Korang kan ade wifi so korang boleh jelah cari kan.

Kedua,bagi sesiapa yang duduk kuala Kangar,Perlis tu jangan ingat sekolah hang.Saya dah cakap dah kan dekat Kuala Lipis.Yang ni pun boleh cari tau.Ok. Dahlah tu.Dah terpesong jauh dah ni saya rasa.Mari saya sambung.

Saya tinggal kat MRSM Tun Ghazali Shafie.Keluarga saya ni berdarah sama dengan Tun Ghazali Shafie.Dia nenek moyamg saya rasalah.Hehehehe.Terpesong lagi.Dekat sekolah saya ada banyak sangat darjat.Saya dari darjah satu sampai darjah lima dah ada banyak jawatan yang saya  pegang.Pertama,waktu darjah satu saya jadi Penolong Ketua Kelas.Kedua,mestilah waktu darjah dua kan,terbalik pulak.Darjah satu saya jadi penolong Ketua kelas kan.Sekarang buang Penolong.....Ha tinggal apa.Tinggal hati awak.Chia-chia.saja je.Tinggal word Ketua Kelas je kan.Itulah pangkat saya di darjah dua.Seterusnya,dari darjah tiga hingga lima ialah Pengawas.Impian saya di darjah lima ialah mahu jadi Ketua Pengawas.Tapi malangnya,mestilah tak boleh.Sebab mana ada perempuan pernah jadi ketua pengawas kan.Tapi tiada siapa yang dapat menghalang saya punya impian kerana apabila anda tengah berusaha tiada apa-apa halangan yang akan menggangu anda.Hobi saya ialah bca buku dan buat pick up line.πŸ’“Hahaha.Chia chia chia.Saya ada ramai kawan.Mungkin kerana keadaan dan suasaana yang selalu mendampingi diri saya membuatkan ramai orang suka follow saya.

Mungkin ini saja dari saya.Sekian terima kasih.Nanti saya ceritakan lebih banyak lagi.

Minggu Last Cikgu Pratikal/Pratikum

Hi dan assalammualaikum.Mesti ramai yang tertanya ke mana saya telah menghilangkan diri?Kan.Sebenarnya sejak beberapa minggu ni saya ada pep...

Catatan Yang Paling Popular