Minggu Last Cikgu Pratikal/Pratikum

Hi dan assalammualaikum.Mesti ramai yang tertanya ke mana saya telah menghilangkan diri?Kan.Sebenarnya sejak beberapa minggu ni saya ada peperiksaan.Banyak sangat.Jadi saya sibuklah.Sebab habis periksa tu periksa ini pula.Mula-mula peperiksaan UPKK yang sebenar.Pastu periksa akhir tahun pula.Ni dah habis dah ni.Cuma tinggal beberapa sahaja yang tinggal yang membuatkan saya sibuk dan lemah.Iaitu ujian akhir tahun bagi KAFA dan hari sukantara.Sukantara dahulu baru ujian akhir tahun.Saya bukan nak cerita pasal ni walaupun ada banyak cerita saya nak cerita pasal kesediahan saya.

Kesedihan saya kali ini saya terpaksa meninggalkan cikgu pratikal saya yang saya amat sayangi.😒😒😣😩😭😭😾😿.Saya amat menyayangi mereka lagi-lagi yang saya ceritakan dalam saya punya blog lagi satu iaitu Cikgu Pratikal/Pratikum.Nama dia Rosli.Mesti korang ingatkan.Saya nak cerita ni.Pagi tadi,saya ada latihan rumah sukan.Saya rumah sukan warna hijau.Kitaorang mula dengan lontar peluru.Lepas saya siap baru cikgu tu datang nak jenguk rumah sukan saya.Saya terlalu malu dan sedih apabila melihat mukanya yang selalu gembira walaupun dia terpaksa meninggalkan kami.Sebenarnya waktu dia datang tu saya tengah borak ngan kawan saya.Kitaorang gosip pasal dia.Saya saja buat begitu, takkanlah nak tunjukkan muka saya yang sedih.Kita kenalah ceria.Pastu bila dia nak naik atas saya lihat dia.Saya lihat dia seperti tengah mengalamun supaya kawan-kawan saya lihat saya seperti tengah berangan.

Bila dia nak naik atas tu saya rasa seperti hati saya ini sangat sedih.Tak tahu kenapa? Korang rasa kenapa? Sila tinggalkan komen di bawah bagi menunjukkan yang anda telah tengok.Pastu waktu balik tu saya tunggulah dekat pondok jaga kan.Saya tengah tunggu kakak saya datang ambil saya.Waktu tu saya tengah makan.Dia nak baliklah.Dia keluar je dari pejabat saya terpandang dia.Dekat tangan saya tu ada makanan.Saya nak masukkan makanan tu dalam mulut sebenarnya tapi tak lepas sebab saya tengah berlakon seperti tengah tengok cikgu tu pastu bila dia nak keluar tu saya cepat-cepat bagi salam.Dia tergelak kecil.Saya pun apa lagi.Muka saya merah padam.Mujur dia tak perasaan.Kalau dia perasan matilah saya.

Ada lagi cerita ni.Semua cerita ni berlaku pada hari ini iaitu pada hari Isnin.Waktu dalam perjalanan ambik kakak kedua saya.(Yang ambik saya tu kakak pertama saya).Saya terserempak dengan kereta cikgu tu.Saya ingat nak lambai tapi kakak pertama saya tu gi kacau.Sabar jelah saya ni.Saya rasa itu sahaja pada kali ini.Kali ini saya akan membuka lagu oleh Dash Uciha yang bertajuk Merindukanmu.(Yang main tiktok sahaja yang tau ni,tapi saya tak main,saya tahu daripada kawan saya yang bermain tiktok.)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Time to Raise,Babe

Hi guys...Sarah in the house...Mesti ramai yang rindu kita...Sebenarnya,kita sibuk dengan UPSR...Ni jelah time kita nk kongsi rahsia... Ki...

Catatan Yang Paling Popular